Menu
Muzik_indie Label rakaman bebasLabel-label bebas panjang sejarahnya dalam memupuk perkembangan dalam muzik popular sejak zaman selepas perang di Amerika Syarikat yang diterajui label-label seperti Sun Records, King Records, Stax, dsb.[1]
Pada 1950-an dan 1960-an di United Kingdom, syarikat-syarikat rakaman utama begitu berkuasa pengaruhnya hinggakan label-label bebas sukar bernafas. Terdapat sebilangan penerbit British yang melancarkan label bebas sebagai saluran keluar untuk karya-karya dan artis-artis kegemaran mereka, tetapi kebanyakan besarnya gegal mencuri tumpuan di peringkat komersil ataupun ditelan oleh label terbesar.[1]
Zaman punk rock menyaksikan label-label bebas tumbuh bagai cendawan.[1] UK Indie Chart disusun buat kali pertama pada tahun 1980, manakala pengedaran muzik bebas menjadi lebih teratur mulai akhir 1970-an.[2]
Pada akhir 1980-an, label Sub Pop yang bertapak di Seattle menjadi pusat persada muzik grunge. Pada akhir 1990-an dan 2000-an, berikutan kebangkitan fail mp3 dan tapak muat turun digital seperti iTunes yang mengubah wajah industri rakaman, timbulnya persada muzik Neo-soul scene dari dunia soul bawah tanah di London, NYC, Philadelphia, Chicago dan L.A., kesan tumpuan berat sebelah label-label utama dan radio komersil terhadap pemasaran, promosi dan penyiaran muzik pop dan hip-hop ketika ini.
Menu
Muzik_indie Label rakaman bebasBerkaitan
Muzik Muzik Uthmaniyah Muzik Turki Muzik bambu Muzik indie Muzik Muzik Muzikal Lawak Superstar Muzik rock Muzik country Muzik popRujukan
WikiPedia: Muzik_indie http://www.exclaim.ca/index.asp?layid=22&csid=1&cs... http://www.cnn.com/2006/SHOWBIZ/Music/09/19/indie.... http://www.guitar9.com/columnist446.html http://www.iht.com/articles/2005/12/28/features/re... http://indiemundo.com/index.php?page=about http://www.iodalliance.com http://www.iodalliance.com/guide.php http://www.janisian.com/article-internet_debacle.h... http://www.music-tech.com/business.php?subaction=s... http://www.performermag.com/IndependentLabels.php